pregnant baby

March 31, 2004

Kehidupan Baru ~New Life~

13 Mac 2004 (21 Muharram 1425) Sabtu

Bertempat di Pejabat Agama Islam Daerah Klang, Bu selamat diijabkabulkan bersama Baba oleh Ustadz Sujak disaksikan oleh saudara mara terdekat kami;Nadia (bestfriend cum pengapit),Abah,Mak,Dik Mat,Auntie Asiah+cucu,Auntie Salmah+husband,Uncle Isa,Auntie Mazita,Kak Yati,Abang Did,Arwah Ustadz Hafi,serta bersaksi Pak Ngah(Baba) dan Pak Ngah (Bu).Tak dapat membayangkan perasaan time tu.Happy ada,nervous ada,pelik pun ada.Kenapa?? Jangan tanya..

14 Mac 2004 (22 Muharram 1425) Ahad

Majlis persandingan pihak Bu dibuat di Dewan Serbaguna Meru sebab ruang kat luar rumah tak cukup besar untuk tetamu.Boleh dikatakan majlis tu berjalan dengan baik,cuma ada la hal kecik-kecik sikit macam tukang basuh pinggan takde,Baba sampai lambat =(, sikit sikit punye hal je la..Penat tapi senyum tak lepas..heheheh
malam tu,tak decide lagi... The next day baru decide 'Family Planning'. Target setahun..

20 Mac 2004 (28 Muharram 1425) Sabtu

Majlis persandingan pihak Baba pula buat kat rumah parents Baba di Bedong,Kedah (Sg.Petani).Simple but nice..Kak Yati hepi kat sana.Aman,katanya..Siap bagi nama manja untuk Sg. Petani -> SP. =)

22 Mac 2004 ~ 24 Mac 2004 ( 3 hari 2 malam)

These days kami honeymoon di Langkawi.Stay di Berjaya Langkawi Beach Resort.Mesti u all ingat kami belanja besar dengan honeymoon ni kan? Salah tu.. Kami dapat special offer masa pergi MAS Travel Fair kat Midvalley sebulan dua sebelum tu.Rezekiii...Dapat harga satu bilik satu malam untuk 3 hari 2 malam siap dengan free Candle Light dinner, Welcome Drink, and Cakes.Tapi cake tak dapat coz kami tak remind them.Tak habis pusing Langkawi tu tapi dapatlah pergi tempat-tempat wajib (kononnya) macam Makam Mahsuri,Dataran Lang,Telaga Tujuh,Beras Terbakar,Galeria Perdana,Cable Car,and Underwater World.Satu-satu tempat yang kami pergi tu macam-macam cerita ada tapi biarlah jadi memori kami suami isteri.

Balik dari sana,kami pun menjalankan aktiviti harian kami seperti biasa semula, tetapi...berbeza.Dulu,buat apapun sendiri dan untuk diri sendiri.Lepas kawen,dah berdua takkan SENDIRI lagi kan? ;)

29 Mac 2004

Birthday Baba!!! Bu 'broke' time ni..tak dapat la nak beli present ke celebrate best best ke tapi..Bu buatkan kek harijadi Baba sendiri! Siap picit icing lagi..Baba hepi sangat..walaupun celebrate kat umah je..Lagipun still in honeymoon mood...Mana boleh marah...Hahahahahah...Ooppss..malu la...

Bu.. slept soundly at 3/31/2004 01:11:00 AM

about me

*Dear All,Assalammualaikum and salam sejahtera.Welcome to Our Angel's Journey blog, khas buat our 1st coming baby after one year marriage..Let's share the story..
*Parents: Kartini(Bu)&Fairuz(Baba)
*Married: 13th March 2004(21 Muharram 1425)
*Baby will born: 29th Nov 2005(27 Syawal 1426)

Recent Journey

Setahun lebih berlalu..
9 hari lagi... (38th week and 5 days pregnant)
10 hari lagi.. ( 38th week and 4 days pregnant)
Last Trimester (Week 37-40) In Syawal
Last Trimester (Week 32-35) In Ramadhan
Last Trimester (Week 28-31)
Second Trimester (Week 23-27)
Second Trimester (Week 19-22)
Second Trimester (Week 15-18)
First Trimester (Week 10-14)

Past Journey

March 2004
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
July 2007

friends

sarah ayumi

all about parenting

Ummiku-Sayang
Pregnancy & Baby
My Sunshine 2U
Ketidaksuburan dan masalah sakit puan
Klinik Pakar Wanita Razif Norana


Click here to join ummiku-sayang
Click to join Ummiku-sayang

tag board

GAMBAR-GAMBAR
KISAH BU
BABA DAN KERETA
TEMPAT LEPAK
LEPAK LAGI


View My Guestbook
Sign My Guestbook
Login Form
Username:-
Password:-

Register on studiotraffic

simple innocence, designed by Clone, only at BlogSkins

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com