April 01, 2005
First Trimester (1-3 months)
The journey begin..Since that most beautiful day,everyday is beautiful for me and my hubby.Macam macam dah fikir,macam macam yang diangankan tapi yang penting kesihatan bu untuk perkembangan baby jadi perkara utama.Untuk 3 bulan pertama ni bu dijaga dan dimanjakan baba demi untuk keselamatan,kesihatan dan perkembangan baby.Baba buat semua kerja yang quite heavy (padahal to me small matter je,ye la,kita biasa buat) like mop lantai,sidai baju kat ampai tinggi,angkat bende berat,even bangun duduk kerap2 pun baba tak kasi,dia tolong ambilkan atau buatkan.Rasa macam puteri pulak..tapi bu tak take advantage la.Bu ikut je demi cayang bu dalam pewot nih.Baba selalu cakap,kene jaga betul2,kita dah setahun tunggu ni.. =D Wokeh!Yes Boss!
Pemakanan dan Morning SicknessBu start minum Enfamama.Rasa dia ok la,tapi tak best sangat.Doktor kat Klinik Bersalin Syahirah tu la yang suggest.Entah kenapa dia tak suggest Anmum.Bu pun ikut la cakap doktor.
Awal awal bulan ni bu tak boleh makan pedas,perut bu sakit.Alhamdulillah takde morning sickness.Makan pun takde la ngidam ke,milih2 sangat ke cuma pedas tu je bu kurangkan.Selalu kat opis bu minum soya bean.Kononnya nak anak putih dan gebu.(Nih advise dari akak-akak dan makcik-makcik yg pnah peknen la ni.. =D)Disebabkan bu ada Thalasemia Minor (trait), so bu kene makan vitamin tambahan; acid folic,vitamin b,vitamin c & iron tablet setiap hari 2 kali sehari.Continuous dari herba maharani tu kene amik chlorella tablet,mcm spirulina,minum miautan.Disebabkan makan tablet chlorella tu,bu jadi tak berapa lalu makan.Rasa kenyang je.Baba risau je.So,masa bulan kedua bu pun stop ubat tu.Kat rumah mesti ada air Ribena.hehehe..
Si KucingLupa nak cerita,time ni kami ada bela sekor anak kucing,kita panggil dia Bibi.Bibi nakal sangat,tak tau duduk diam,maklum la tinggal kat apartment.Kecik ruang untuk dia main2.Protes la tu agaknya...tapi kan,sejak baby ada dalam pewot,dia baik and manja dgn bu.Sometimes dia suka landing kat perut bu kalau bu baring mengiring tengok tv.Telinga dia didekatkan kat pewot dan dia pejam mata..macam dengar bunyi orang dalam la konon2nya...heheheh...Time tu bu gelak ajer...Kucing pun tau bu peknen.Heheheheh...
BukuBu beli buku koleksi majalah Pa&Ma bertajuk
'Catatan lengkap sepanjang kehamilan dan kelahiran 40 minggu nan indah'Antara isi kandungannya ialah:-
1.0 ~ Penghargaan
2.0 ~ Pengenalan
3.0 ~ Melangkah ke alam rumahtangga/bersedia untuk hamil
^Petunjuk kesuburan
^Masalah ketidaksuburan
^Kaedah merawat kesuburan
^Panduan pilih jantina
4.0 ~ Trimester Pertama (1-12 minggu)
Minggu 1-4 -> Persenyawaan
Minggu 5 -> Mengesahkan Kehamilan
Minggu 6 -> Morning Sickness
Minggu 7 -> Masalah Yang Sering Berlaku
Minggu 8 -> Lawatan ke hospital/klinik - ujian rutin
Minggu 9 -> Ujian khas
Minggu 10 -> Laporan hormon/kehamilan
Minggu 11 -> Ketidakselesaan yang biasa berlaku
Minggu 12 -> Diet Sihat
Minggu 13 -> Bantuan perubatan profesional dan keguguran
4.0 ~ Trimester Kedua (14-27 minggu)
Minggu 14 -> Seks sewaktu hamil
Minggu 15 -> Kesihatan dan keselamatan
Minggu 16 -> Scan/Kembar
Minggu 17 -> Pakaian sewaktu hamil
Minggu 18 -> Senaman
Minggu 19 -> Pelihara Pelvik Anda
Minggu 20 -> Kick Chart
Minggu 21 -> Rungutan-masalah kehamilan
Minggu 22 -> Rehat dan urutan
Minggu 23 -> Menyediakan bilik bayi/nurseri
Minggu 24 -> Pakaian dan peralatan untuk bayi
Minggu 25 -> Pilihan penyusuan
Minggu 26 -> Kelas antenatal
Minggu 27 -> Pilihan untuk bersalin
5.0 ~ Trimester ketiga (28-40minggu)
Minggu 28 -> Kenali plasenta anda
Minggu 29 -> Penjagaan khas
Minggu 30 -> Perjalanan jauh/sakit pinggang
Minggu 31 -> Mengatasi rasa tidak selesa
Minggu 32 -> Posisi bersalin
Minggu 33 -> Emosi di hujung kehamilan
Minggu 34 -> Ibu berusia/pertama kali
Minggu 35 -> Persiapan akhir
Minggu 36 -> Rasa tidak selesa ketika lama menanti
Minggu 37 -> Saat yang semakin hampir
Minggu 38 -> Induksi & penahan sakit ketika bersalin
Minggu 39 -> Komplikasi ketika bersalin
Minggu 40 -> Masanya dah tiba!
6.0 ~ Penjagaan Postnatal (30 hingga 40 hari)
Hari 1-7 = Keadaan Fizikal
Hari 8-14 = Diet lepas bersalin
Hari 15-21=Kembali langsing selepas bersalin
7.0 ~ Laktasi/Penjagaan Payudara
8.0 ~Diari Kehamilan
Lagi satu bu beli buku
Panduan Menyambut BayiIsi-isinya:-
1.Galakan Menuntut Anak
a-makruh membenci anak perempuan
b-digalakkan beri ucapan tahniah kepada yang dianugerahkan anak
c-azan dan iqamah ke telinga bayi
d-rahsia azan
2.Tahnik
a-aqiqah dan hukumnya
b-mencukur rambut kanak-kanak dan bersedekah seberat rambutnya
c-masa bercukur
3.Memberi Nama Bayi
a-nama yang elok dan yang tidak dikehendaki
b-keberkesanan nama kepada 'Musamma'
c-kunyah dan faedahnya
d-peringatan
4.Khitan
a-masa berkhitan
b-cara khitan
c-faedah khitan
5.Bertindik
a-air kencing kanak kanak lelaki dan perempuan
b-air liur dan muntah kanak kanak
6.Mendukung kanak kanak dalam solat
a-sunat mengucup kanak kanak
7.Sifat sifat utama seorang pendidik
a-mendidik anak anak
b-beberapa nasihat berguna
c-dilarang memukul kanak kanak
8.Manhaj Islam Dalam Mendidik Kanak Kanak
a-cara islam dalam menggunakan dera terhadap kanak kanak
b-syarat syarat pukul sekiranya diperlukan
c-cara Rasulullah SAW memberi pengajaran
9.Maklumat penting untuk Ibu dan Bapa
a-nasihat nasihat penting
Penutup
Selain dari buku buku ni ada buku lain yg bu belek,tak dapat nak senaraikan di sini.Forum2 di internet yang berkaitan pun banyak bu refer..Informasi paling bu inginkan untuk menjadi yg terbaik untuk pengalaman pertama ni..
Bu..
slept soundly at
4/01/2005 05:55:00 AM